Blogger Layouts

Wednesday 27 July 2011

Aku tinggalkan dia Demi Allah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Nama mu kah di Luh Mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal Menemani ku ke jalan syurga?
Engkaukah bakal Pemimpin ku?
Adakah engkau yang Tercipta untuk ku? 


Aduhai pria, 
Mugkin engkau tidak dapat menjawap pertanyaan ku ni..
Kerana jawapan bukanlah ditangan mu, 
Tetapi di tangan Nya, Tuhan ku dan Tuhan mu..


Aduhai pria,
Maafkan aku jika aku meninggalkan diri mu, 
Aku menyayangi diri mu kerana Allah, 
Tetapi, cintaku pada Nya yang lebih utama,
Ku tinggalkan cintamu, Kerana aku lebih Mencintai Nya..  (T_T)


Wahai pria,
Jemputlah diri ku bila waktunya sudah tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarlah aku sendiri bersama dgn Nya,
Akan ku cipta Cinta bersama dia, 
Sebelum Ku cipta Cinta antara kita..


Doaku untuk mu wahai pria ku,
Semoga diri mu menjadi Kumbag yg hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yg mekar..
Untuk itu, aku tinggalkan diri mu pada Nya...


Usah bersedih akan perpisahan yang sementara ini,
Jika benar diriku tercipta untuk mu,
Tiada apa yang dapat menghalang nya..

Semoga kita bertemu kembali suatu hari nanti,
Yakinlah pada janji Allah, 
Berdoalah dengan penuh berharap,
Dan tika dirimu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari Nya,
Sesungguhnya Allah itu dekat.. 

Akhir kata, berdoalah agar tiada kunbang durjana merosakkan bunga sebelum yg halal tiba,


Aku jua sentiasa mendoakan diri mu agar dalam Rahmat Nya.. Sentiasa.........................................


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...